The Ads

Search This Blog

Monday, February 20, 2012

Ayam Masak Lemak Daun Kesum

rasanya dah lama sangat tak update resepi air tangan kan..... lebih-lebih lagi resepi lauk masakan kampung ni. oklah tak nak berceloteh panjang, jom terjah !


 


bahan-bahan untuk dikisar:
5 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2cm halia
2cm kunyit hidup
4 biji buah keras

1 ekor ayam - potong saiz ikut kesukaan
2 sudu besar cili boh - boleh lebihkan kalau suka pedas
250ml santan
seikat daun kesum
minyak untuk menumis
garam
asam keping

cara-caranya :
panaskan minyak terlebih dahulu, kemudian tumiskan cili boh sehingga garing. selepas itu masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi. kacau sehingga naik minyak. kemudian masukkan santan dan air ikut keperluan kepekatan kuah yang dikehendaki. bila sudah mendidih, masukkan ayam dan kacau seketika. rasakan garam secukupnya dan masukkan asam keping. apabila ayam sudah agak mesra dengan kuahnya, bolehlah di masukkan daun kesum. kecilkan api dan biarkan sehingga terbit minyak dan kemudian bolehlah dihidangkan.

selamat mencuba !

4 comments:

Azhafizah MN said...

sedap menu kak izah ni

Nurfaizah M Nor said...

jemput mkn fiza !

Ibu Darwisy said...

kak iza, kalo guna sotong okey x? hehehee

Misz-ella said...

lauk ni kan faizah, mama KC panggil tumis lemak. lama KC tak makan lauk ni. Rmh KC lauk2 berkuah ni susah sikit la Faizah. Diaorg suka sambal2 sahaja.

Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com