The Ads

Search This Blog

Tuesday, February 14, 2012

Pembaziran Dalam Kehidupan

salam petang semua....
setelah beberapa hari menghilang, hari ni i muncul kembali dengan semangat baru....semangat yang cuba dipupuk agar blog kesayangan ini tidak terus tenggelam dengan kesibukan seharian. oklah hari ni i nak share tentang pembaziran dalam kehidupan kita sehari-hari tanpa kita sedari....ni kira macam tazkirah jugaklah kann, bukan apa ilmu pengetahuan yang diperolehi adalah lebih baik dikongsi bersama dan i pun akan sama-sama dapat faedahnya..... pembaziran tanpa disedari oleh manusia ini dinyatakan daripada ulama' dan tokoh gerakan islamiah iaitu ibnu qayyim al-jauziyah. daripada karya ilmiah beliau ini, ada 9 pembaziran yang sering dilakukan oleh manusia iaitu;


ilmu pengetahuan - membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan
amalan - membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas
kekayaan - membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredhai Allah
hati - membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah
tubuh badan - membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah
cinta - membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada Nya
masa - membazir jika tidak diurus sebaiknya
akal - membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama
zikir - membazir jika tidak memberi kesan kepada hati


selama ni kita selalu menganggap pembaziran lebih kepada makanan, wang ringgit dan harta benda. padahal dalam kehidupan kita seharian perkara-perkara di atas itulah yang selalu tidak langsung diambil peduli...betul tak? jadi, adalah lebih baik kita sama-sama mengkaji tentang pembaziran yang selama ini tidak kita sedari tu......






nota piede : renung-renungkan.......



2 comments:

Azhafizah MN said...

renungan bersama ^__^

karmilaillang said...

pembaziran tak baik dalam kehidupan

Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com